Ahad, 12 Julai 2009

Carte 001: Kepedihan Tak Terperi

Kepedihan Tak Terperi……

Kepedihan Tak Terperi lahir dari sebuku hati yang dikecewakan…. Tiada kata yang dapat dilafazkan, tiada lukisan yang mampu dilakarkan untuk mengambarkan kepedihan ini. Kepedihan tidak terperi membawa kepada Kesakitan Yang Tak Terhingga, Kesakitan dari luka pada luka dari hati, membawa kepedihan dan kesakitan. Hanya doa dan harapan yang mampu menawar kesakitan dan kepedihan ini….


Kepedihan ini merupakan kisah aku bila dikecewakan oleh insan yang bergelar wanita. Cerita disebalik kisah ini sukar untuk disimpulkan dan aku juga hampir melupainya. Apa yang inginku kongsikan, mungkin sikapku ketika itu kurang matang menyebabkan aku seringkali ditolak oleh wanita...

2b cont..

Di Sebalik..

KeDiNgINaNKu… KiNi KeMbaLi…

Kedinginanku merupakan blog yang ku hasilkan 2 tahun lepas, ketika itu aku bekerja di sektor swasta. Dan tempoh itu juga, banyak pengalaman pahit dan manis yang ku lalui. Ianya membuatkan aku semakin matang dan terus tabah menghadapi masa-masa mendatang.

Beberapa hari lepas aku membuka kembali blog ini, setelah aku tatapi dan membaca kembali, ingatanku menyingkap seribu kenangan dan memori yang pernah ku lalui. Ianya menusuk jiwaku, dimana ianya berkisar tentang kepedihan, penderitaan dan kesusahan yang aku tempuhi dalam tempoh itu.

Aku mahu kongsikan bersama, kisah-kisah ini....